Selasa , Mac 19 2024
msen
Rumah / Dasar Privasi

Dasar Privasi

1.Polisi Sulit

Terima kasih kerana membaca penyataan polisi sulit kami.

Ini adalah sebuah portal milik kerajaan Malaysia. MyHEALTH adalah komited dalam melindungi perkara-perkara sulit berkenaan ke semua pengguna portal ini. Sekiranya anda hanya melayari portal ini, kami tidak akan dapat meperolehi data yang membolehkan kami mengenalpasti anda secara individu. Sekiranya anda memilih untuk membuat suatu permohonan atau menghantar e-mel kepada kami dimana anda memberikan data persendirian yang boleh dikenalpasti, kami mungkin berkongsi sebahagian dari maklumat yang terkandung di dalam data yang anda daftarkan atau data yang berkaitan kepada pihak-pihak ketiga, dengan syarat, data persendirian yang boleh dikenalpasti tidak akan disertakan, kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara kurusus oleh anda atau dipercayai dengan jujurnya bahawa tindakan itu adalah diperlukan dalam mematuhi undang-undang, tatacara perundangan, bagi penguatkuasaan terma dan syarat, atau di dalam mana-mana keadaan lain yang ditetapkan di bawah polisi sulit kami, seperti mana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa.

‘Cookies’

‘Cookies’ adalah sebahagian daripada sistem pengurusan isi kandungan. ‘Cookie’ adalah satu unit data yang di simpan pada ‘hard drive’ pengguna sewaktu pengguna melawat suatu laman web khusus. Ia mengandungi maklumat ringkas mengenai identiti pengguna tetapi tidak mengandungi maklumat peribadi. Apabila pengguna menutup ‘browser’, ‘cookie’ tersebut akan terhapus. Sistem akan memberitahu pengguna sebelum sebarang ‘cookie’ yang kekal digunakan agar pengguna boleh menolaknya.

Walau bagaimanapun, pengguna sepatutnya mengambil maklum bahawa laman-laman web luaran yang boleh diakses melalui laman ini juga menggunakan ‘cookies’. Maklumat yang disimpan di dalam sesuatu ‘cookie’ hanya boleh dibaca oleh ‘web server’ asal yang menghantar ‘cookie’ tersebut. ‘Web server-web server’ tidak boleh membaca ‘cookie’ yang dihantar oleh ‘web server-web server’ lain.

Pautan

Portal ini mengandungi pautan kepada laman-laman web lain. MyHEALTH tidak bertanggungjawab ke atas amalan sulit yang diamalkan oleh laman web lain. Kami menyarankan agar para pengguna mengambil maklum mengenai perkara ini apabila meninggalkan laman kami.

Fail Log

Fail log kepada laman yang dilawati oleh para pengguna akan digunakan bagi menganalisa arus terkini dan bagi mentadbir laman tersebut dan juga untuk mengenalpasti pergerakan pengguna bagi tujuan penambahbaikkan laman ini. Rekod kami tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi mengenai pengguna.

Maklumbalas

Kami akan berusaha untuk memberi respon kepada ke semua maklumbalas yang disertakan dengan alamat e-mel yang sah. Sebarang maklumbalas yang diterima (contohnya ; e-mel) akan dilayan secara sulit oleh suatu kumpulan yang dilantik dan akan hanya digunakan bagi tujuan penambahbaikkan perkhidmatan kami kepada anda. Alamat e-mel anda yang disertakan akan hanya digunakan bagi tujuan seperti yang telah dinyatakan oleh anda dan tidak akan dimasukkan ke dalam mana-mana senarai surat-menyurat tanpa mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu melalui suatu permintaan khusus secara bertulis. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan alamat e-mel anda bagi sebarang tujuan lain tanpa persetujuan bertulis dari anda terlebih dahulu.

Perlindungan

Kami akan mengambil langkah perlindungan dalam menyimpan dan mengawal maklumat yang kami perolehi mengenai pelawat-pelawat laman web. Perlindungan ini berbentuk fizikal, elektronik atau prosedur.

2.Polisi Pautan

Laman-laman yang disenaraikan di bawah bukan sebahagian daripada portal MyHEALTH. Pautan-pautan ini disediakan untuk makluman anda. MyHEALTH tidak semestinya menyokong pandangan-pandangan yang diutarakan pada laman-laman itu, mahupun mengesahkan ketepatan maklumat-maklumat tersebut. Sila rujuk penyataan penafian dan hak cipta.

MyHEALTH tidak bertanggungjawab ke atas amalan-amalan sulit bagi laman-laman web yang lain. Kami menyarankan agar para pengguna menyedari bahawa apabila mereka meninggalkan laman kami agar membaca penyataan-penyataan sulit laman-laman web lain tersebut.

MyHEALTH mengalu-alukan pautan kepada halaman utama kami / bahagian tersendiri atau halaman-halaman di dalam portal kami dengan syarat-syarat berikut:

  1. Sesuatu pautan kepada MyHEALTH tidak boleh dilihat sebagai menandakan sokongan, kelulusan atau tajaan daripada laman web anda, organisasi atau perkhidmatan anda.
  2. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada penggunaan maklumat daripada MyHEALTH. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai bahagian berbayar pada laman anda, pautan MyHEALTH tersebut tidak sepatutnya diletakkan di dalam bahagian berbayar itu. Sekiranya ia tidak dapat dilakukan, ia haruslah dinyatakan dengan jelas bahawa MyHEALTH adalah satu perkhidmatan percuma yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.
  3. Pautan kepada Portal MyHEALTH tidak boleh digunakan sebagai apa-apa bahagian kepada suatu mekanisma yang mendatangkan hasil bagi mempromosi organisasi atau perkhidmatan anda.
  4. Teks yang jelas dan mudah difahami hendaklah digunakan untuk menunjukkan pautan ini. Kebenaran untuk menggunakan cap meterai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau logo bagi pautan ini hendaklah diperolehi dari KKM.
  5. Sekiranya diminta oleh MyHEALTH, yang berpunca daripada pelanggaran yang dilihat, pautan tersebut akan disingkirkan.
  6. Isi kandungan MyHEALTH tidak boleh dimuat turun kepada ‘server’ web yang lain, dipamerkan atau dihasilkan semula melalui apa-apa kaedah lain di dalam format berlainan daripada server tersebut.
  7. Isi kandungan MyHEALTH tidak boleh diletakkan bingkai, “dikunci”, “diperangkap” di dalam lingkungan apa-apa batasan, panji-panji / sepanduk atau lain-lain imej visual selain daripada yang dimasukkan oleh MyHEALTH sendiri.

3. Polisi Kuasa Kebenaran

Hak Cipta

Hak cipta wujud pada pelbagai kerja-kerja di dalam laman web ini. Hak cipta bagi bahan-bahan yang terdapat pada MyHEALTH adalah hak milik kerajaan Malaysia.

Penggunaan Bukan Komersil

Selain daripada penggunaan yang dibenarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987, pemilik hak cipta tersebut (“pemilik”) memberi keizinan kepada pelawat-pelawat laman ini untuk memuat turun, mempamer, mencetak dan menghasilkan semula isi kandungan tersebut (“isi kandungan” merujuk kepada maklumat, perisian, gambar-gambar, grafik-grafik dan bahan-bahan lain) bagi kegunaan persendirian atau bagi kegunaan di dalam lingkungan organisasi pelawat, bagi tujuan bukan komersil sahaja.

Kami memohon agar:

  • Pengguna teliti dalam memastikan ketepatan bahan-bahan yang dihasilkan semula;
  • MyHEALTH dinyatakan sebagai sumber; dan
  • Penghasilan semula tersebut tidak boleh memberi gambaran bahawa ianya versi asal kepada bahan-bahan yang dihasilkan semula, mahupun ianya dijadikan, di bawah satu gabungan dengan atau tanpa penandatanganan oleh pihak MyHEALTH.

Penggunaan Komersil

Walaubagaimanapun, pelawat tidak boleh menerbit, menyampaikan, memodifikasi, mengkomersil atau mengubah isi kandungan tanpa persetujuan bertulis yang jelas daripada MyHEALTH.

Bahan-Bahan Pihak Ketiga

Sila ambil maklum bahawa portal ini mengandungi pautan kepada sejumlah besar laman-laman berberlainan yang menguruskan perihal kesihatan dan isu-isu berkaitan kesihatan. Apabila anda klik pada laman yang berlainan, anda telah pun meninggalkan laman ini, dan kebenaran di atas berhubung penghasilan semula bahan tidak lagi berkaitan.

Sebahagian daripada bahan-bahan dan unsur-unsur grafik yang terdapat pada portal MyHEALTH adalah tertakluk di bawah hak cipta yang dimiliki organisasi-organisasi berkaitan. Dalam situasi sebegini, terdapat halangan-halangan ke atas penghasilan semula bahan-bahan atau unsur-unsur grafik adalah berkaitan dan terdapat keperluan untuk mendapatkan kebenaran daripada pemegang hak milik tersebut sebelum bahan tersebut dihasilkan semula.

Bagi mendapatkan maklumat tentang pemilikan hak cipta dah halangan-halangan ke atas penghasilan semula pada laman ini sila hubungi MyHEALTH.

4.Polisi Pengiklanan

Portal MyHEALTH merupakan portal kerajaan Malaysia sepenuhnya. Portal ini dibangun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Kesihatan. Untuk mengekalkan kredibiliti kandungan, iklan komersial adalah tidak dibenarkan.

5.Sumber Kewangan

Portal MyHEALTH merupakan portal yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Portal ini dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Semakan Terakhir : 30 November 2014