Jumaat , Mac 29 2024
msen
Rumah / Pencegahan dan Kawalan / Tanggungjawab KKM: Jabatan Kesihatan Negeri

Tanggungjawab KKM: Jabatan Kesihatan Negeri

  1. Pengenalan

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bertanggungjawab dalam pelaksanaan program aktiviti pencegahan dan kawalan denggi memantau dan menganalisa pengurusan kes denggi diperingkat negeri dan daerah. JKN mengaktifkan dan menyelaras CPRC Negeri (Crisis Preparedness and Response Centre) yang beroperasi secara harian dengan fungsi seperti berikut;

    1. Survelen
  • Survelan Epidemiologi
  1. Bertindak sebagai pusat dalam operasi pengurusan kes Denggi.
  2. Melaksanakan pemantauan berterusan situasi denggi harian bagi mengesan amaran awal wabak atau amaran penularan jangkitan yang luar biasa.
  3. Mengenalpasti kawasan-kawasan berisiko penularan wabak Denggi dengan memantau kes denggi secara geografi dan temporal.
  4. Mengeluarkan amaran awal dan memberi nasihat teknikal kepada pasukan daerah atau pemimpin masyarakat dalam tindakan kawalan vektor.
  5. Menyelaras aktiviti kawalan antara daerah bagi menghalang penularan jangkitan Denggi ke kawasan lain.
  6. Menguruskan perkongsian maklumat berkaitan lokaliti wabak semasa bersama semua fasiliti kesihatan, agensi berkaitan dan pemimpin masyarakat seterusnya mengaktifkan tindakan pengesanan kes dan pemusnahan faktor risiko wabak Denggi.
  7. Menangani isu-isu yang timbul dalam aktiviti pengurusan kes denggi.
  8. Hub penyebaran maklumat bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat tentang kejadian kes Denggi di kawasan mereka.
  9. Membantu komuniti mendapatkan informasi terkini dan nasihat kesihatan melalui telefon, nasihat individu dan media sosial.
  • Survelan Vektor
  1. Pemantauan berkala terhadap kepadatan dan taburan sepsis nyamuk secara temporal dan geografi bagi mendapatkan corak penyebaran nyamuk di sesuatu lokaliti
  2. Ia berfungsi bagi membantu dalam membuat cadangan penambahbaikan aktiviti kawalan vektor oleh Pejabat Kesihatan Daerah atau komuniti setempat.
  3. Selain daripada itu, kepadatan nyamuk yang tinggi akan mengaktifkan aktiviti pencegahan dan kawalan yang bersesuaian.
  4. Kaedah survelan vektor termasuklah :

 

  1. Survelan larva (jentik-jentik)
  • Larva dipungut melalui aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP) Aedes oleh anggota kesihatan.
  • Jenis spesis dikenalpasti secara mikroskopik.
  • Taburan spesis dan kepadatan nyamuk aedes dianalisa dan strategi kawalan vektor dibincangkan bersama daerah.
  • Menyediakan pemetaan lokasi vektor

Penyampelan jentik-jentik
Penyampelan jentik-jentik

Pemeriksaan Pembiakan Aedes

Pemeriksaan Pembiakan Aedes

Pengecaman sepsis jentik-jentik

Pengecaman sepsis jentik-jentik

  • Survelen Nyamuk
  1. Sentinel Ovitrap
  • Ovitrap adalah alat yang dipasang oleh anggota kesihatan atau komuniti di tempat-tempat berisiko tinggi denggi.
  • Lokaliti ini digelar lokaliti sentinel ovitrap bagi mendapatkan telur nyamuk aedes.
  • Alat ovitrap di sentinel- sentinel ini dipantau setiap minggu selama 6 bulan bagi menentukan corak taburan dan kepadatan nyamuk Aedes.
  • Jika sesuatu kawasan dikenalpasti menunjukkan aras kepadatan nyamuk yang melebihi tahap yang ditetapkan (Ovitrap Index > 10%) maka strategi kawalan vektor dan pencegahan wabak yang bersesuaian dengan faktor penyumbang akan dilaksanakan di lokalti ini.
  • Orang awam harus memberikan kerjasama dan tidak mengganggu bekas ovitrap ini agar keputusan kajian adalah tepat. Dengan itu, aktiviti pencegahan dapat dilaksanakan.

Bekas Ovitrap

Bekas Ovitrap1Bekas Ovitrap2

  1. Sticky Ovitrap
  • Pemantauan nyamuk aedes dewasa dilakukan dengan menggunakan sticky ovitrap.
  • Spesis nyamuk yang telekat pada filem akan dikenalpasti dan kepadatan nyamuk Aedes akan dikira.
  • Kepadatan nyamuk Aedes yang melebihi aras amaran yang ditetapkan seterusnya akan mengaktifkan aktiviti kawalan vektor

Komuniti dimaklumkan dan dinasihatkan agar tidak menyentuh sticky ovitrap ini.

Sticky Ovitrap

Sticky Ovitrap

  1. Pemantuan Kualiti Kawalan Vektor
  • Cage Bioassay
  1. Cage (sangkar) bioassay adalah satu teknik yang digunakan untuk menilai keberkesanan aktiviti semburan ruang (fogging).
  2. Kerjasama dari anggota masyarakat adalah diperlukan bagi membenarkan anggota kesihatan memasang sangkar-sangkar nyamuk ini di premis masing-masing sebelum semburan ruang (fogging) bermula.
  3. Pihak kami akan mengutip semula sangkar-sangkar nyamuk ini selepas semburan tamat dan penilaian kualiti kawalan akan dilakukan.
  4. Penambahbaikan aktiviti kawalan vektor akan dilaksanakan oleh pihak kami jika kualiti kawalan tidak memuaskan bagi mengurangkan risiko penularan Denggi di lokaliti ini.

Pemasangan Cage (sangkar) Bioassay

Pemasangan Cage (sangkar) Bioassay

Aktiviti semburan ruang

Aktiviti semburan ruang

Kutipan sangkar dan rumusan kualiti semburan

Kutipan sangkar dan rumusan kualiti semburan

  • Ovitrap 48 Jam
  1. Ovitrap 48 jam digunakan bagi memantau keberkesanan aktiviti semburan ruang (fogging) dalam membunuh nyamuk dewasa.
  2. Anggota kesihatan akan memasang ovitrap selepas aktiviti semburan ruang selesai.
  3. Ovitrap yang positif akan memberi maklumat kehadiran nyamuk betina dewasa di sesebuah lokaliti.
  4. Orang awam dinasihatkan agar tidak mengganggu ovitrap ini bagi memastikan keputusan yang diperolehi adalah tepat seterusnya membantu perancangan aktiviti kawalan nyamuk yang seterusnya.
  • Pemeriksaan Semula Pembiakan Aedes
  1. Pasukan vektor negeri adalah bertanggungjawab dalam pemantauan kualiti aktiviti Pemusnahan Pembiakan Aedes (PTP) yang dilaksanakan oleh pasukan vektor daerah,
  2. Pemeriksaan semula dilakukan dalam tempoh 3 hari di lokaliti sasaran dan hasil PTP bagi kedua-dua pasukan akan dinilai bagi pemantauan kualiti.
  • Kerjasama dari masyarakat adalah diperlukan daengan membenarkan pasukan kami memeriksa tempat kediaman atau premis anda.

Pemeriksaan tempat pembiakan Aedes oleh pasukan pemantau kualiti1Pemeriksaan tempat pembiakan Aedes oleh pasukan pemantau kualiti2

Pemeriksaan tempat pembiakan Aedes oleh pasukan pemantau kualiti

  1. Kolaborasi bersama Agensi
  • Membentuk kerjasama dengan agensi lain bagi merancang aktiviti pencegahan dan pemusnahan Aedes secara bersepadu dan sistematik.
  • Memberi nasihat teknikal kepada agensi-agensi lain berkenaan kaedah memusnahkan faktor risiko pembiakan nyamuk Aedes.
  • Menyelaras mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua agensi untuk penglibatan bersama dalam menggempur Aedes di kawasan berisiko wabak denggi
  1. Merancang dan menyelaras keperluan sumber untuk fasiliti kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi aktiviti pencegahan dan kawalan denggi. Penyelarasan sumber ini termasuk menghadapi krisis peningkatan kes dan wabak seperti menyediakan bekalan alat perlindungan diri, kit ujian pengesahan denggi dan bantuan logistik.
  1. Melaksanakan latihan berterusan bagi memastikan kemahiran anggota dalam rawatan pesakit dan kawalan vektor adalah ditahap tinggi.
  1. Menyediakan khidmat nasihat berkaitan kawalan nyamuk Aedes di lokaliti anda.

Rujukan

  1. Dengue Control.

http://www.who.int/denguecontrol/monitoring/vector_surveillance/en/

  1. iDengue untuk komuniti.

http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2009). Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi 2009-2013.http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/PELAN_DENGGI.pdf
  2. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

http://www.moh.gov.my/

LAMPIRAN 1

Maklumat Situasi Semasa Denggi

  1. Maklumat denggi di kawasan anda boleh dicapai melalui laman sesawanghttp://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php

idengue.remotesensing.gov.my

http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/index.php

  1. Jangan lupa LIKE Facebook kami dan dapatkan informasi serta tip-tip terkini :

facebook.com.kkmcprc

Facebook: https://www.facebook.com/kkmcprc

  1. Jika ada kes denggi berdekatan anda, segera cari dan musnahkan bekas pembiakan Aedes di persekitaran anda dengan segera
  1. Anda boleh membuat panggilan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan dan dapatkan info serta khidmat teknikal dari kami.
  1. Sila rujuk lamat portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan ini –http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/5

 

Kuiz

  1. Apakah yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bagi menilai kualiti kawalan vektor yang dilaksanakan oleh daerah?
  1. Melakukan aktiviti semburan ruang (fogging) dalam tempoh 3 hari selepas aktiviti kawalan oleh daerah.
  2. Pemeriksaan semula tempat pembiakan aedes di kawasan yang telah diperiksa oleh daerah.
  3. Memasang sangkar-sangkar larva nyamuk aedes di kawasan yang dilakukan kawalan vektor.
  4. Menyelia setiap aktiviti kawalan yang dilakukan oleh pasukan vektor daerah.

Jawapan:

 

  1. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini kejadian kes atau wabak Denggi melalui kaedah di bawah, KECUALI?
  1. Laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Laman web iDengue untuk komuniti
  3. Laman web CDC Atlanta
  4. Facebook CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawapan:
Nos maillot de foot sont de bonne qualite et pas cher.Nous avons vendu des adidas X15.1 FG depuis des années, nous allons vous offrir le meilleur service

  1. Apakan tujuan Jabatan Kesihatan Negeri memasang ovitrap di lokaliti-lokaliti sentinel terutamanya kawasan berisiko tinggi wabak Denggi?
  1. Memantau kejadian kes Denggi di kawasan tersebut.
  2. Untuk memaklumkan kepada anda jenis nyamuk Aedes di kawasan tersebut.
  3. Untuk menilai kualiti kerja kawalan nyamuk Aedes oleh daerah.
  4. Untuk memantau taburan dan kepadatan nyamuk Aedes bagi merancang aktiviti kawalan yang berkesan.

Jawapan:

 

Semakan Akhir 5 November 2015
Penulis Dr Nur Aishah Binti Buang
Penterjemah Dr Nur Aishah Binti Buang
Penyemak Dr Rose Nani Binti Mudin

Les maillots de foot ont quasi même avec les vrais.

 Chinese kites