Jumaat , Mac 29 2024
msen
Rumah / Pencegahan dan Kawalan / Pemantauan dan Rawatan Kes Demam Denggi di Klinik

Pemantauan dan Rawatan Kes Demam Denggi di Klinik

Demam denggi adalah penyakit sistemik dan dinamik, manifestasi klinikal pesakit bergantung kepada pada tahap fasa penyakit ini. Selepas seseorang digigit oleh nyamuk yang telah dijangkiti virus (biasanya 2-7 hari), simptom penyakit ini bermula dengan tiba-tiba dan akan diikuti dengan 3 fasa iaitu fasa febril (Febrile phase), kritikal(Critical phase) dan pemulihan(Recovery phase) . Oleh itu, pesakit yang disyaki demam denggi akan dinilai secara klinikal dan mengikut langkah yang di tetapkan apabila dia datang ke klinik kesihatan

Pemantauan Pesakit Denggi

Tahap 1: Penilaian Secara Menyeluruh

Pesakit mungkin tiba di klinik atau kecemasan jabatan dengan simptom yang tidak spesifik. Selalunya, diagnosis bagi disyaki demam denggi berdasarkan sejarah daripada pesakit. Adalah penting untuk mendapatkan maklumat tentang perjalanan pesakit yang terbaru , tanda-tanda yang dialami dan samaada pesakit tinggal di kawasan wabak. Penting untuk mendapatkan sejarah yang baik serta tepat bagi mengesyaki diagnosis awal. Selepas pengambilan sejarah dan pemeriksaan klinikal dilengkapkan, dan diagnosis disyaki demam denggi dibuat, ujian pengesahan seperti COMBO rapid test kit untuk NS1,IgM dan IgG perlu dilakukan.
Berikut adalah soalan-soalan yang perlu ditanya kepada pesakit yang datang dengan simptom demam demam ke klinik atau kecemasan jabatan;

  1. Sejarah Pesakit
  1. Bila demam/sakit bermula (berapa hari)?.
  2. Symptom klinikal lain seperti sakit sendi, sakit tulang, sakit kepala, muntah atau cirit-birit.
  3. Selera pesakit samada boleh makan dan minum. Contoh kuantiti air yang diminum, bilangan botol atau kekerapan kencing.
  4. Tanda – tanda bahaya denggi:
  5. Pendarahan;
    1. tanda atau tompok merah pada kaki atau tangan,
    2. pendarahan pada hidung atau gusi,
  • muntah darah,
  1. najis berwarna hitam,
  2. haid yang banyak atau pendarahan berlebihan
  1. Sakit perut
  2. Kerap muntah
  3. Pucat dan sejuk pada kaki dan/atau tangan
  4. Tahap kesedaran minda dan mental samada pening, aktif atau tidak atau sawan
  5. Sesak nafas
  6. Keputusan Ujian Makmal : Peningkatan nilai Hematocrit dan penurunan mendadak platelet.
  7. Tahap hidrasi pesakit e.g. adakah pesakit membuang air kecil
  8. Sejarah berkaitan: (Untuk membezakan dengan penyakit lain)
  9. Keluarga atau kawasan perumahan persekitaran yang mempunyai wabak Denggi
  10. Sejarah masuk ke kawasan hutan atau mandi di sungai/tasik/air terjun
  11. Adakah aktiviti semburan kabus dijalankan di kwasan kediaman pesakit dalam masa terdekat.
  12. Sejarah perjalanan/pelancongan
  13. Penyakit sampingan seperti Kencing Manis, Darah Tinggi atau Leukemia
  1. Pemeriksaan Fizikal
  1. Status kesedaran minda dan mental seperti pening, aktif atau tidak atau sawan.
  2. Penilaian tahap hidrasi, kekeringan bibir, lidah, kekerapan membuang air kecil dan kontur kulit
  3. Penilaian parameter lain: samada pucat atau tidak, tekanan darah, bacaan nadi,
  4. Kenalpasti samada pernafasan laju atau abnormal
  5. Mengadu bahawa sakit perut
  6. Pemeriksaan sebarang pendarahan abnormal atau berlebihan
  1. Keputusan Makmal

Jika perkhidmatan sokongan makmal terdapat di klinik tersebut:

  1. Kiraan sel darah putih, Hematokrit, dan Platelet
  2. Dengue Combo Rapit Test Kit: NS1Ag, IgM & IgG

Penilaian dan makluman sejarah pesakit yang disyaki Denggi akan dibuat menggunakan borang khas. JADUAL 1menunjukkan borang Clerking Sheet For Suspected Dengue Cases yang diguna pakai sebagai rujukan untuk Doktor/Pegawai Kesihatan.

Jadual 1: Dengue Clerking Sheet Digunakan Pada Kes Disyaki Demam Denggi

Dengue Clerking Sheet

Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/989

Tahap 2: Diagnosis, Peringkat Penyakit dan Penilaian Keseriusan Penyakit

Bergantung kepada sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal,dan keputusan makmal pegawai perubatan akan memutuskan :

  1. Diagnosis Denggi samada sementara atau disahkan
  2. Fasa peringkat denggi samada Fasa Demam, Fasa Kritikal atau Fasa Pemulihan
  3. Tahap hydrasi dan status hemodinamik
  4. Hemodinamik pesakit secara menyeluruh
  5. Samada boleh meneruskan rawatan di klinik sebagai pesakit luar atau perlu rujukan ke hospital berdekatan

Tahap 3: Pelan Rawatan

  1. Sebarang kes demam denggi yang disyaki atau disahkan wajib dinotifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah melalui telefon/faks/e-Dengue dan disusuli dengan borang notifikasi Denggi 1 dalam tempoh masa 24 jam.
  2. Jika perlu rujukan ke hospital, pesakit akan distabilkan di klinik sebelum dihantar ke hospital berdekatan melalui ambulans.
  3. Jika tidak perlu dirujuk dan boleh dipantau di klinik, pesakit akan diberi kad rekod pemantauan pesakit denggi dan panduan penjagaannya di rumah (Jadual 2).

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi

  1. Diberikan kepada pesakit yang disyaki atau disahkan penyakit Denggi.
  2. Kad ini merekodkan makluman penyakit Denggi iaitu suhu badan, tekanan darah dan kadar nadi, serta hasil ujian makmal termasuk hematokrit, kiraan sel darah putih dan platelet.
  3. Kesemua rekod berkenaan dicatat setiap kali pesakit datang ke klinik atau hospital.
  4. Pesakit perlu membawa kad ini ke mana-mana klinik atau hospital ketika mendapatkan rawatan susulan penyakit Denggi. Ini memudahkan pemantauan pesakit.
  5. Kad ini juga mempunyai maklumat mengenai tanda-tanda bahaya penyakit Denggi, panduan penjagaan pesakit di rumah dan perkara yang perlu dielakkan oleh pesakit Denggi.

Jadual 2: Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi.

Kad Rekod Pemantauan Pesakit DenggiKad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi2Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi3

Sumber: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/989

Rujukan:

  1. Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Dengue Infection in Adults (Revised 2nd Edition) (2010).
  2. http://www.who.int/csr/resources/publications/dengue/Denguepublication/en/ Dengue haemorrhagic fever: diagnosis, treatment, prevention and control. 2nd edition. Geneva : World Health Organization.
  3. http://www.cdc.gov/dengue/resources/DENGUE-clinician-guide_508.pdf
  4. http://www.cdc.gov/dengue/clinicalLab/index.html Dengue Guidelines for Diagnosis, Treatment,Prevention and Control WHO 2009

Kuiz

  1. Berikut adalah tanda bahaya denggi kecuali:
  1. Pendarahan
  2. Kerap muntah
  3. Sakit perut
  4. Demam

 Jawapan: D Demam

 

  1. Apakah yang akan diterima oleh pesakit yang disyaki atau disahkan Denggi tetapi tidak dimasukkan ke dalam wad?
  1. Antibiotik
  2. Kad rekod pemantauan pesakit Denggi
  3. Ubat tahan sakit
  4. Suntikan steroid

Jawapan: B Kad rekod pemantauan pesakit Denggi

 

  1. Berikut adalah fasa demam Denggi kecuali:
  1. Fasa Demam
  2. Fasa Kritikal
  3. Fasa Pendarahan
  4. Fasa Pemulihan

Jawapan: C Fasa Pendarahan

Semakan Akhir 25 November 2015
Penulis Dr Gunenthira Rao A/L Subbarao
Penterjemah Dr Gunenthira Rao A/L Subbarao
Penyemak Dr Kamaliah Binti Mohamad Noh